BAITUL RIDWAN REHAB CENTER

Pemulihan • Bimbingan • Harapan Baharu

Program

Program di Baitul Ridwan Rehab Center dirangka secara berperingkat dan berfokus, berasaskan pendekatan Islam yang menekankan pemulihan psikospiritual, pembinaan sahsiah serta disiplin hidup.

Pelaksanaan program ini bertujuan membantu individu membina kesedaran diri, memperkukuh kekuatan rohani dan membentuk gaya hidup baharu yang lebih seimbang, berfungsi serta bertanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat.

Semua program yang dilaksanakan di Baitul Ridwan Rehab Center merupakan program bimbingan dan pemulihan berasaskan nilai Islam serta sokongan komuniti.

Institusi ini bukan pusat rawatan perubatan atau klinikal. Walau bagaimanapun, bagi kes yang memerlukan rawatan perubatan, rawatan akan dirujuk ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan mengikut temujanji yang telah ditetapkan.

Bagi individu yang mengalami masalah kesihatan mental akibat pengambilan bahan terlarang seperti dual diagnosis, bipolar atau skizofrenia yang dicetuskan oleh bahan (substance-induced), rujukan akan dibuat ke hospital bahagian psikiatri untuk rawatan dan pemantauan oleh pegawai perubatan bertauliah.

1. Program Pemulihan

Antara program pemulihan yang disediakan ialah:

  • Nizam Ar-Ridwan: 13 Teras
  • Rukun 7 (modul berasingan daripada Nizam Ar-Ridwan)
  • Masyawah Al-Bait
  • Sesi Sokong Bantu
  • Kepulihan Awal (Early Recovery)
  • Pencegahan Kejatuhan (Relapse Prevention)
  • Terapi Hortikultur

2. Program Spiritual Islam

Pendekatan spiritual Islam dilaksanakan secara berstruktur dan berterusan bagi mengukuhkan kekuatan dalaman serta pembinaan rohani klien, antaranya:

  • Terapi dan amalan zikir khusus
  • Taklim kitab
  • Kelas Tazkiyatun Nafs
  • Kelas Fardhu Ain (dibimbing oleh ustaz bertauliah JAKIM)
  • Terapi al-Quran