Tentang Kami
Baitul Ridwan Rehab Center ialah sebuah pusat pemulihan yang dibangunkan berasaskan pendekatan Islam dengan penekanan kepada pembinaan psikospiritual, akhlak dan disiplin hidup. Institusi ini diwujudkan bagi menyediakan bimbingan yang tersusun kepada individu yang berdepan cabaran ketagihan dan krisis kehidupan, melalui proses pemulihan yang realistik, berperingkat dan berterusan.
Pendekatan pemulihan di Baitul Ridwan tidak tertumpu kepada rawatan klinikal atau perubatan, sebaliknya menekankan perubahan menyeluruh dari sudut kesedaran diri, pembinaan sahsiah dan pengukuhan rohani. Proses bimbingan dilaksanakan melalui modul yang praktikal, pengalaman lapangan serta sokongan komuniti sebagai asas kepada pemulihan jangka panjang.
Baitul Ridwan Rehab Center diasaskan dan dibangunkan oleh Ustaz Mohd Redzhuan bin Mohd Yusof, seorang penggerak utama dalam bidang pemulihan berasaskan Islam yang terlibat secara langsung dalam bimbingan klien serta pembangunan modul pemulihan psikospiritual. Pendekatan yang dirangka beliau menekankan prinsip Tazkiyatun Nafs, disiplin hidup dan tanggungjawab diri sebagai asas kepada perubahan tingkah laku yang berkekalan.
Untuk mengenali latar belakang, peranan serta pendekatan yang dibangunkan oleh pengasas institusi ini, sila rujuk halaman khas:
Pengasas Baitul Ridwan.
Sehingga kini, Baitul Ridwan Rehab Center terus komited menyediakan ruang pemulihan yang beretika, berfokus dan selari dengan nilai Islam, bagi membantu individu membina semula kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna.
Berikut merupakan visi dan misi Baitul Ridwan Rehab Center:
VISI
Menyediakan bimbingan pemulihan psikospiritual berteraskan nilai islam melalui proses yang berperingkat, praktikal dan berfokus dengan penekanan kepada pembinaan sahsiah, disiplin hidup, tanggungjawab diri serta sokongan komuniti.
MISI
Menjadi pusat pemulihan berasaskan islam yang beretika, tersusun dan berkesan dalam membimbing individu membina semula kehidupan yang seimbang, bermakna dan rela diredhai Allah.