BAITUL RIDWAN REHAB CENTER

Pemulihan • Bimbingan • Harapan Baharu

Pengasas Baitul Ridwan

Pengenalan Pengasas

Ustaz Mohd Redzhuan bin Mohd Yusof merupakan pengasas dan penggerak utama Baitul Ridwan Rehab Center, sebuah pusat pemulihan berasaskan pendekatan Islam yang memberi fokus kepada pembinaan psikospiritual, akhlak dan disiplin hidup. Beliau terlibat secara langsung dalam bimbingan klien serta pembangunan modul pemulihan berteraskan nilai Islam.

Pengasas Baitul Ridwan Rehab Center, Ustaz Mohd Redzhuan bin Mohd Yusof

“Pemulihan bukan sekadar menghentikan ketagihan, tetapi membina kembali jiwa, disiplin dan tanggungjawab sebagai insan.”— Ustaz Mohd Redzhuan

PENGASAS BAITUL RIDWAN

Sebagai pengasas Baitul Ridwan Rehab Center, Ustaz Mohd Redzhuan bin Mohd Yusof merupakan tokoh utama yang merangka dan membangunkan pendekatan pemulihan berasaskan Islam dengan penekanan kepada aspek psikospiritual, akhlak dan disiplin hidup.

Pendekatan pemulihan yang diasaskan oleh beliau menekankan perubahan menyeluruh yang berterusan, bukan sekadar menghentikan ketagihan, tetapi membina semula jati diri, tanggungjawab dan kesedaran sebagai insan. Pendekatan ini menggabungkan bimbingan rohani, disiplin hidup dan sokongan komuniti sebagai asas kepada proses kepulihan jangka panjang.

PENGASAS & PENGURUSAN TERTINGGI

Sebagai pengasas dan pengurusan tertinggi Baitul Ridwan Rehab Center, Ustaz Mohd Redzhuan mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang pemulihan, bimbingan psikospiritual dan pengurusan kes kepulihan di peringkat komuniti serta institusi. Pengalaman ini membentuk pendekatan pemulihan yang realistik, praktikal dan berfokus kepada perubahan tingkah laku yang berpanjangan.

 juga merupakan pencetus dan pembangun Modul Nizam Ar-Ridwan, satu kerangka pemulihan psikospiritual berteras 13 prinsip yang menekankan pendekatan Tazkiyatun Nafs, pembinaan sahsiah serta pengukuhan rohani sebagai asas kepada transformasi diri yang berterusan. Modul ini dibangunkan melalui gabungan ilmu turath Islam, pendekatan psikologi kontemporari dan pengalaman lapangan dalam pengurusan kes kepulihan sebenar.

KELAYAKAN PROFESIONAL & AKADEMIK

  • Certified Recovery Coach (Universiti Sains Islam Malaysia – USIM)
  • Certified Addiction Recovery Specialist (Universiti Sains Islam Malaysia – USIM)
  • Peer Recovery Support Specialist (Universiti Putra Malaysia – UPM) 
  • Sijil Psikologi Islam (Kolej Pengajian Tinggi Islam Insaniah – KPTI)
  • Tauliah Mengajar/Berceramah (Majlis Agama Islam Selangor – MAIS)

PENGLIBATAN KEPIMPINAN & KOMUNITI

Selain peranan dalam institusi pemulihan, Ustaz Mohd Redzhuan turut aktif dalam kepimpinan dan penglibatan peringkat komuniti serta kebangsaan berkaitan pencegahan dan pemulihan penyalahgunaan dadah, antaranya:

  • Pengasas dan Presiden Pertubuhan Al-Sirath Malaysia
  • Timbalan Pengerusi Rumah Komuniti AADK Segamat, Johor
  • Naib Pengerusi PEMADAM Segamat, Johor
  • Bendahari Kehormat Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC)

Beliau juga kerap dijemput oleh institusi pendidikan, agensi kerajaan dan organisasi komuniti untuk menyampaikan ceramah, sesi bimbingan dan perkongsian pengalaman berkaitan pemulihan, pembangunan insan serta pendekatan psikospiritual Islam dalam menangani isu penyalahgunaan bahan.