Program pemulihan

Berstruktur, berperingkat dan berfokus kepada perubahan

Program Baitul Ridwan menggabungkan pendidikan kepulihan, pembinaan psikospiritual, rutin hidup dan sokongan komuniti.

Nizam Ar-Ridwan

Teras program pemulihan

Nizam Ar-Ridwan ialah kerangka ciptaan Mohd Redzhuan bin Mohd Yusof, Pengasas Baitul Ridwan Rehab Center, yang dibangunkan hasil pemerhatian dan pengalaman lapangan selama 16 tahun dalam pemulihan penagihan serta digabungkan dengan ilmu Tazkiyatun Nafs.

13

Nizam Ar-Ridwan: 13 Teras

Rangka kerja pembinaan diri yang merangkumi kesedaran, disiplin, emosi, tingkah laku, hubungan dan spiritual.

7

Rukun 7

Modul berasingan yang membina asas rutin dan tindakan praktikal untuk menyokong kepulihan.

M

Mushāwarah al-Bayt

Ruang perbincangan komuniti yang melatih komunikasi, amanah, penyelesaian masalah dan tanggungjawab bersama.

S

Sesi Sokong Bantu

Perkongsian berstruktur untuk membina rasa selamat, keterbukaan dan sokongan sesama rakan kepulihan.

ER

Kepulihan Awal

Pemahaman asas tentang penagihan, perubahan gaya hidup dan langkah praktikal pada fasa awal.

RP

Pencegahan Relaps

Mengenali pola relapse, situasi berisiko dan pelan tindakan untuk mengekalkan kepulihan.

Infografik Nizam Ar-Ridwan yang menerangkan 13 Teras Kepulihan Islamik berasaskan Tazkiyatun Nafs
Nizam Ar-Ridwan — 13 Teras Kepulihan Islamik berasaskan Tazkiyatun Nafs.
Psikospiritual Islam

Tazkiyatun Nafs sebagai asas pembinaan jiwa

Amalan spiritual dilaksanakan secara berstruktur untuk membantu Ikhwan memperkukuh hubungan dengan Allah, membina ketenangan dan memulihkan rasa tujuan.

  • Terapi dan amalan zikir
  • Taklim kitab dan pengajian berfokus
  • Kelas Tazkiyatun Nafs
  • Kelas Fardhu Ain
  • Terapi al-Quran
  • Solat sunat dan amalan berjemaah
1

Stabilkan rutin

Membina jadual harian, disiplin dan suasana yang menyokong perubahan.

2

Fahami diri

Mengenali emosi, pemikiran, trigger dan kesan tingkah laku terhadap diri serta keluarga.

3

Bina kemahiran

Melatih respon baharu terhadap tekanan, craving dan situasi berisiko.

4

Persediaan kembali

Membina matlamat, jaringan sokongan dan pelan kepulihan selepas program.

Rujukan perubatan apabila diperlukan

Baitul Ridwan bukan pusat rawatan perubatan atau klinikal. Klien yang memerlukan rawatan kesihatan fizikal atau mental akan dirujuk ke hospital, klinik kesihatan atau bahagian psikiatri untuk penilaian dan pemantauan oleh pegawai perubatan bertauliah.

Ingin memahami kesesuaian program?

Dapatkan penerangan awal berdasarkan keadaan individu dan keluarga.

Hubungi kami