Tentang institusi

Pemulihan berteraskan nilai, disiplin dan ihsan

Baitul Ridwan Rehab Center dibangunkan untuk menyediakan bimbingan yang tersusun kepada individu yang berdepan penagihan dadah dan krisis kehidupan.

Siapa kami

Ruang untuk membina semula kehidupan

Baitul Ridwan ialah pusat pemulihan berasaskan Islam yang menekankan pembinaan psikospiritual, akhlak, disiplin hidup dan tanggungjawab diri.

Proses pemulihan dilaksanakan secara realistik, berperingkat dan berterusan. Sokongan komuniti, pengalaman lapangan dan modul praktikal digunakan untuk membantu Ikhwan memahami diri, membina rutin baharu dan kembali berfungsi secara sihat.

Baitul Ridwan bukan hospital atau pusat rawatan perubatan. Kes yang memerlukan penilaian atau rawatan klinikal dirujuk kepada kemudahan kesihatan dan profesional bertauliah.

Premis sebenar

Persekitaran yang tenang dan terkawal

Premis Baitul Ridwan Rehab Center terletak dalam suasana hijau di Hulu Langat dan menyediakan ruang untuk bimbingan, ibadah, rutin harian serta aktiviti pemulihan.

Video pengenalan

Kenali suasana Baitul Ridwan

Montaj 1 minit 54 saat ini memperkenalkan premis, aktiviti dan pendekatan bimbingan. Video hanya dimainkan apabila anda menekan butang main.

Montaj pengenalan Baitul Ridwan Rehab Center.
Prinsip pemulihan

Lima dimensi yang saling berkaitan

Setiap individu mempunyai latar, keperluan dan tahap kesediaan yang berbeza. Pelan bimbingan perlu memahami keseluruhan konteks kehidupan. Susunannya ialah Bio–Psiko–Sosial–Pendidikan–Spiritual.

B

Biologi

Rutin tidur, pemakanan, kecergasan dan pemulihan fizikal yang menyokong kestabilan.

P

Psikologi

Kesedaran emosi, pola pemikiran, trigger, craving dan kemahiran menghadapi tekanan.

S

Sosial

Hubungan keluarga, tanggungjawab, sokongan komuniti dan persediaan kembali bermasyarakat.

Pd

Pendidikan

Memberi ilmu dan kefahaman tentang Early Recovery, Relapse Prevention, trigger, craving serta perkara berkaitan kepulihan.

I

Spiritual Islam

Pengukuhan iman, ibadah, akhlak dan Tazkiyatun Nafs sebagai asas kekuatan dalaman.

Visi

Membina institusi pemulihan Islam yang beretika dan berkesan

Menjadi pusat pemulihan berasaskan Islam yang tersusun dalam membimbing individu membina semula kehidupan yang seimbang, bermakna dan diredhai Allah.

Misi

Bimbingan praktikal yang berperingkat

Menyediakan pemulihan psikospiritual melalui pembinaan sahsiah, disiplin hidup, tanggungjawab diri dan sokongan komuniti.

Kenali program kami

Lihat bagaimana bimbingan dan rutin pemulihan disusun.

Lihat program